Categories
WANITA & KEBAJIKAN

LZS bantu mangsa kebakaran rumah di Pasir Panjang

SABAK BERNAM 4 OKT: Lembaga Zakat Selangor menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tali Air 9, Pasir Panjang 45400 Sekinchan.

Kebakaran bermula di bahagian pintu hadapan yang diperbuat daripada kayu. Api kemudian nya merebak dengan cepat. Namun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Turut hadir dalam penyampaian tersebut Pengerusi JKKK Pasir Panjang dan Penghulu Mukim Pasir Panjang dengan sumbangan awal sebanyak RM500.

“Baki bantuan akan diproses melalui permohonan selanjutnya.

“Semoga mangsa Mohd Shamsudin Maniran bertabah dalam menempuh ujian yang diterima,” kata LZS di Facebooknya.

22140994_10155605362536221_5753456938597687994_n

 

22195231_10155605362641221_3151203891358569005_n

=EZY=