Categories
SUKANKINI

‘Mata-mata’ awasi penyokong final Kedah lwn JDT

SHAH ALAM 24 OKT: Tahap keselamatan diperketatkan di Stadium Shah Alam bagi memastikan penganjuran kejohanan perlawanan akhir antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung lancar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis meletakkan pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di kalangan penyokong untuk memerhati gelagat penyokong.

“Jadi pastikan penyokong tak buat apa-apa kesalahan. Jadilah penyokong yang baik,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Shafien berkata, polis hanya membenarkan 10 gendang bagi setiap pasukan dibawa masuk dengan ia perlu melalui pemeriksaan terlebih dahulu.

“Pintu mulai dibuka pukul 4 petang. Penyokong JDT akan melalui pintu A dan D, manakala Kedah B dan C. Kami akan membuat pemeriksaan fizikal pada setiap pintu.

“Hanya 10 gendang dibenarkan dibawa masuk dengan kesemuanya perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kami,” katanya.

=EZY=