Categories
KENYATAAN MEDIA

Menteri Pendidikan hanya pandai cakap tak selami beban guru

OLEH CHANG LIH KANG

Saya ambil maklum kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyangkal dakwaan bahawa bebanan kerja guru di sekolah mengakibatkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mendampingi pelajar.

Katanya, guru di sekolah-sekolah negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki seperti peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa.

1- Bagi saya, Mahdzir bercakap tidak melihat realiti yang dihadapi guru ketika ini, sebaliknya beliau bercakap berdasarkan apa yang dilihat melalui mata kasarnya sahaja. Dia kena tahu bahawa bebanan guru semakin bertambah apabila mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja diluar bidang pembelajaran.

Bebanan tugas yang berlebihan ini juga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki mereka sebagai pendidik, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus.

2- Bukan itu sahaja,guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, Saya juga mendapat aduan bahawa kertas yang dibekalkan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung bahan-bahan yang hendak difotokopi untuk diberikan kepada murid.

Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan cara lain untuk mendapatkan dana membeli kertas. Terdapat guru yang menggunakan wang sendiri dalam membeli kertas.

3- Bagi saya, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu berperanan dalam membantu mengatasi masalah ini. KPM perlu mencari jalan penyelesaian untuk memberi dana yang lebih bagi sekolah membeli kertas untuk kegunaan murid-murid dan pelajar-pelajar di sekolah. Bukan di potong bajet pendidikan.

4. Tugas guru yang semakin rumit dan mencabar pasti mengundang tekanan kepada guru-guru. Tugas yang asalnya merupakan satu bentuk tanggungjawab kini dirasakan olehguru sebagai satu bentuk bebanan kerja.

Ini pastinya mengundang ketidakselesaan kepada guru-guru. Mereka melaksanakan kerja secara terpaksa dan pastinya hasil kerja guru ini tidak tidak seperti yang diharapkan.

5. Jika bebanan ini tiada atau dihapuskan, maka sudah pasti setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja.

Malah mutu sistem pendidikan di negara kita juga dapat menandingi negara-negara Asia yang lain serta dapat berdaya saing dalam tekonologi, teori dan teknikal.

# Chang Lih Kang adalah Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN merangkap ADUN Teja