Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Patuhi arahan fenomena air laut pasang besar

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Negeri menasihatkan penduduk di kawasan berkaitan mngambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan berhubung bencana air laut pasang besar.

air-pasangDalam kenyataan media, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyatakan, berdasarkan jadual pasang surut air laut bagi Pelabuhan Klang pada 6 hingga 9 Oktober ini, paras air laut diramal akan berada pada paras tertinggi.

“Kerajaan Negeri mengadakan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan membabitkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Fenomena air laut pasang besar diramal akan berlaku bermula 6 Oktober sehingga 9 Oktober ini di persisiran pantai Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.

“Jika cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang, risiko berlakunya banjir akan meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan berisiko diharap mematuhi segala arahan Pihak Berkuasa Keselamatan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Penduduk boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pusat pemindahan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan nombor telefon Bilik Gerakan daripada pihak berkuasa berkaitan.