Categories
SELANGOR WANITA & KEBAJIKAN

PEKAWANIS bawa Dr Yasmeen kongsi pemakanan sihat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OKT: Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) terus mendekatkan wanita dengan ilmu penjagaan kesihatan menerusi program bual bicara kesihatan, hari ini.

Bertempat di Dewan Kompleks PERKIM Selangor, program kali ini menampilkan pakar pemakanan, Dr Yasmeen Farouk Mohamed bagi ‘Merungkai Rahsia Sebenar Kesihatan’.

Dihadiri hampir 1,000 tetamu, program disempurnakan Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Shamshida Taharin dan turut dihadiri tetamu kehormat seperti Tun Dr Siti Hasmah, YTM Raja Dato’ Seri Raja Azureen dan YM Dato’ Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.

Shamshida berkata, program itu khusus dibawakan bagi memperkasa wanita dalam ilmu pemakanan.

Dr Yasmin“Dengan ilmu yang diperolehi daripada sumber tepat, kita dapat menolong ahli keluarga menjalani gaya hidup lebih sihat dan pemakanan lebih baik serta seimbang.

“Inisiatif ini juga selaras dengan saranan Islam sendiri untuk kita mengamalkan pemakanan sihat dengan cara yang betul dan bermanfaat untuk tubuh badan kita,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) kepada 50 pesakit kanser, masing-masing menerima RM500.

BICARADr Yasmeen seringkali dijemput bagi membicarakan panduan pemakanan dalam kehidupan seharian, terutamanya berkaitan kanser.

Beliau merupakan pengasas kepada produk penjagaan badan yang selamat untuk pesakit kanser, Temurun Asli.

Baru-baru ini, beliau melancarkan buku kesihatan bertajuk ‘Food Wisdom, Health and Happiness ~ Stay Beautiful’.