Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Ribut Khanun: Amaran angin kencang tahap kedua dan laut bergelora

KUALA LUMPUR 15 OKT: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), mengeluarkan amaran tahap kedua angin kencang dan laut bergelora kesan daripada pergerakan ganas Ribut Khanun ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (kmj).

Met Malaysia mengesan kedudukan ribut pada Latitud 20.1 Utara dan Longitud 115.4 Timur, kira-kira 398 km ke Tenggara, Guangzhao, China dan 1,476 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

“Keadaan ini (pergerakan ribut) menyebabkan angin kencang sehingga 60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Sabah (pedalaman, pantai Barat dan Kudat) serta Labuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kmj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berterusan hingga Selasa ini terutama di kawasan perairan Sabah dan Labuan.

“Aktiviti perkapalan dan pantai membabitkan perkhidmatan feri dan menangkap ikan adalah berbahaya,” katanya.

Untuk perairan Malaysia, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan pagi ini, membabitkan kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri)

Met Malaysia menjelaskan angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga 17 Oktober.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Untuk aktiviti perkapalan, Met Malaysia turut menjangkakan ombak sehingga 4.5 meter dan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kmj di kawasan perairan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa ini.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya pada semua aktiviti perkapalan dan pantai, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef South sehingga Selasa,” katanya.

Sehingga 12.09 tengah malam tadi, tiada amaran cuaca buruk dan hujan lebat dikeluarkan.

 

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada 09:57AM 15 Oktober 2017

Nama: Taufan (Khanun)
Masa pencerapan: 8:00 pagi, 15 Oktober 2017.

Kedudukan: Latitud 20.1 Utara dan Longitud 114.8 Timur, kira-kira 368 km ke Tenggara, Guangzhao, China.

Pergerakan: Ke arah Barat Laut dengan kelajuan 30km/j.

Jarak dari bandar terdekat: Kira-kira 1,484 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan.

Dikeluarkan pada pukul 07:48AM, 15 Oktober 2017

AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

 

Ribut Tropika Ganas (Khanun) dikesan pada Latitud 20.1 U; Longitud 115.4 T, pada jam 5:00 pagi, 15 Oktober 2017, kira-kira 1,476 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan pergerakan ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15km/j.
Sehubungan itu:

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef South sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 15 Oktober 2017, jam 07:48AM