Categories
EKONOMI

Ringgit jatuh pada 4.2280/2310 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 2 OKT: Ringgit turun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama suku terakhir 2017 disebabkan kekurangan minat terhadap mata wang tempatan susulan sentimen dolar AS yang bertukar positif, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2280/2310 berbanding dolar AS daripada 4.2190/2220 pada jam 6 petang Jumaat.

Penganalisis di FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata ulasan pegawai Rizab Persekutuan AS dan keyakinan diperbaharui terhadap reformasi cukai Donald Trump merangsang sentimen membeli dolar.

“Kenaikan dolar dihidupkan kembali minggu ini selepas Janet Yellen menekankan akan perlunya bagi kenaikan kadar faedah yang berperingkat-peringkat.

ringgitPelan tindakan reformasi cukai Trump, yang beliau sifatkan bakal menjadi potongan cukai terbesar dalam sejarah AS, turut melonjakkan sentimen terhadap ekonomi negara itu,” kata pedagang.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1086/1115 daripada 3.1063/1097 Jumaat, menokok berbanding pound British kepada 5.5641/6598 berbanding 5.6425/6482 dan naik berbanding yen kepada 3.7466/7502 daripada 3.7499/7532.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9840/9892 daripada 4.9788/9828 Jumaat.

SUMBER: BERNAMA