Categories
EKONOMI

Ringgit terus catat aliran menurun berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 3 OKT: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS buat hari kedua berturut-turut minggu ini susulan pedagang memberi tumpuan kepada pengumuman Pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu bagi menggantikan Janet Yellen, yang akan memberi manfaat kepada pedagang mata wang.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2390/2420 berbanding dolar daripada 4.2320/2350 yang direkodkan pada jam 6 petang semalam.

Ketua Strategi Pasaran FXTM, Hussein Sayed, berkata spekulasi mengenai pelantikan Pengerusi baharu Rizab Persekutuan akan menjadikan pedagang sibuk dalam tempoh beberapa hari akan datang, manakala pedagang mata wang akan memperoleh manfaat daripada kedudukan itu.

“Namun spekulasi ini akan berakhir, apabila Presiden diumumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu,” katanya.

RINGGIT (NEW)Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1037/1061 daripada 3.1058/1085 pada Isnin dan meningkat berbanding pound British kepada 5.6150/6207 daripada 5.6290/6347.

Mata wang tempatan itu juga lemah berbanding yen kepada 3.7533/7566 daripada 3.7488/7518 pada Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.9643/9691 daripada 4.9637/9689 semalam.

SUMBER: BERNAMA