Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun

TOKYO 3 OKT: Harga minyak lebih rendah pagi ini, merosot untuk hari kedua, di tengah-tengah petunjuk minyak mentah dunia dijangka akan meningkat.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut 15 cents, atau 0.3 peratus, pada AS$50.43 setong pada 0941 GMT, selepas ditutup rendah AS$1.09 atau 2.1 peratus dalam sesi sebelumnya, lapor REUTERS.

Penanda aras AS itu mencatatkan keuntungan suku ketiga sekitar 12 peratus, paling kukuh sejak suku kedua 2016.

Bagaimanapun, kini susut hampir lima peratus daripada paras tinggi enam bulan yang dicatatkan pada Khamis.

minyak-duniaMinyak mentah Brent, penanda aras global, merosot 18 cents, atau 0.3 peratus, pada AS$55.94 setong.

Kontrak Brent jatuh 67 cents, atau 1.2 peratus, dalam sesi sebelumnya.

Brent mencatatkan keuntungan suku ketiga kira-kira 20 peratus, peningkatan terbesar bagi suku berkenaan sejak 2004 dan ia diniagakan sehingga AS$59.49, minggu lalu.

Ia susut kira-kira enam peratus dari paras berkenaan.

=EZY=