Categories
NASIONAL

Runtuhan berlaku di tebing Gunung Kinabalu

KUNDASANG 21 OKT: Runtuhan besar berlaku di kawasan tebing Gunung Kinabalu pada kira-kira jam 3.15 petang tadi namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kol. Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, lokasi kejadian tersebut dikenal pasti di Ulu Sungai Masilou 2, Kampung Masilou. Kundasang.

“APM menerima panggilan pada pukul 3.15 petang daripada penduduk Kampung Masilou mengenai runtuhan tersebut.

“Bertindak atas maklumat itu, dua pasukan APM bergegas ke lokasi untuk mengambil keterangan penduduk dan memantau keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Izaimi berkata, hasil pemantaun pihaknya mendapati runtuhan berlaku di tebing gunung berkenaan pada kedudukan 1.5 kilometer bersebelahan bekas resort MNR, Stesen Taman Kinabalu Masilou.

Beliau berkata penduduk di kampung itu dinasihati supaya tidak panik dengan runtuhan kerana keadaan masih terkawal.

=EZY=