Categories
SELANGOR

Selangor kecualikan, Persekutuan kenakan cukai

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 6 OKT: Lebih RM70 juta dibelanjakan bagi menjayakan inisiatif pengecualian cukai taksiran untuk kampung tradisi, kampung bagan dan kampung baru.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan itu berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang terus menekan rakyat dengan mengenakan pelbagai jenis cukai.

Katanya, ia menyebabkan rakyat semakin terhimpit ditambah dengan keadaan ekonomi menguncup hasil pentadbiran Putrajaya.

“Kita kecualikan cukai, dia pula kenakan cukai kepada rakyat tidaak kira di bandar mahupun desa.

“Sudahlah berjaga kena cukai, pelancong nak tidur di Sekinchan pun kena cukai.

“Kalau beginilah caranya cukai sana sini, bagaimana rakyat mahu hidup sejahtera,” katanya pada Majlis Penyampaian Notis 5A dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), di sini, hari ini.

AZMIN ALI (1)Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tekanan cukai terutama Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya membebankan rakyat.

“Ahli Parlimen Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam yang meluluskan GST ini.

“Saya Gombak menentang di Parlimen tetapi akhirnya GST tetap dikenakan. Rakyat harus menghukum mereka,” katanya.

Pada 7 April 2014, GST diluluskan di Dewan Rakyat selepas meneriman 119 undian peringkat jawatankuasa, berbanding 81 menentang.

Pada 6 April lalu, cukai pelancongan pula diluluskan di Parlimen selepas menerima undian majoriti dan mula berkuatkuasa, pada 1 September lalu.