Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor letak kalungan bunga sempena Hari Pahlawan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 OKT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat mencemar duli menghadiri majlis meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Selangor, di sini, hari ini.

Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Selangor, pada tahun ini.

Ketibaan Sultan Selangor disambut Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri serta kepimpinan negeri yang lain.

Sebelum upacara meletak kalungan bunga disempurnakan, Sultan Selangor berkenan menerima hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan utama.

Acara disusuli bacaan sajak “Pahlawan” disampaikan Asisten Superintendan Pathu Rahman Esa dari Polis Diraja Malaysia dan Koperal Siti Nur Aini Jasni dari Angkatan Tentera Malaysia.

Dato’ Menteri Besar kemudian mengambil giliran selepas baginda diikuti tetamu kehormat yang lain.

Ia diakhiri dengan Sultan Selangor menandatangani buku pelawat seterusnya berangkat meniggalkan majlis.

LRM_EXPORT_20171002_103209-1280x1003LRM_EXPORT_20171002_103325-1280x854 LRM_EXPORT_20171002_103322-1280x854 LRM_EXPORT_20171002_103203-1280x1150