Categories
GLOBAL

Tragedi Las Vegas: Gesa ketatkan undang-undang jual senjata

WASHINGTON 3 OKT: Insiden pembunuhan beramai-ramai di Las Vegas menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli politik di negara itu yang kesannya dirasai di seluruh Amerika Syarikat.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan anggota Demokrat menyuarakan permintaan agar undang-undang senjata diperketatkan, manakala Republikan tidak menunjukkan tanda menyokong, sebaliknya hanya meminta rakyat berdoa.

Senator Chris Murphy yang menetap di Connecticut, tempat kejadian tembakan beramai-ramai, pada 2012 yang mengorbankan 20 kanak-kanak berusia enam tahun dan enam orang dewasa berkata, sudah tiba masanya Kongres bertindak.

“Saya akan memperkenalkan rang undang-undang baharu pemeriksaan latar belakang (pembeli senjata),” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Murphy ternyata mendapat reaksi positif daripada Ketua Demokrat, Nancy Pelosi yang menggesa memperketatkan undang-undang pemeriksaan penjualan senjata.

slider-images-1Tragedi Connecticut ternyata mencetuskan perbincangan serius dalam kalangan anggota Kongres bagi mengetatkan undang-undang senjata termasuk pemeriksaan ketat terhadap pembeli.

Bagaimanapun, usaha itu gagal pada 2013 kerana mendapat bantahan daripada kumpulan bersenjata seperti National Rifle Association (NRA).

Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders ketika ditanya sama ada Presiden Donald Trump menyokong undang-undang senjata yang lebih tegas, berkata ia sesuatu yang boleh dibincangkan pada masa depan dengan melihat apa yang bakal berlaku.

Katanya, pentadbiran tidak mahu sesuatu undang-undang digubal tetapi gagal menghentikan kejadian seperti itu.

=EZY=