Categories
GLOBAL

Tragedi Las Vegas: Nota pastikan ramai terbunuh ditemui

WASHINGTON 8 OKT: Nota yang ditemui di dalam bilik hotel penyerang Las Vegas, Stpehen Paddock, menunjukkan pengiraan bertulis tangan mengenai lokasi perlu disasarkan untuk meningkatkan ketepatan dan jumlah yang terbunuh.

Saluran CBS melaporkan, nota itu ditemui pegawai polis yang menyerbu bilik Paddock selepas melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel kasino Mandalay Bay malam Ahad lalu, menyebabkan 58 maut dan hampir 500 lagi cedera.

Dalam temubual yang disiarkan hari ini, Pegawai David Newton dari unit K-9 Jabatan Polis Las Vegas, memberitahu program ’60 Minuter’ terbitan CBS, beliau menemui nota Paddock itu di atas meja berhampiran tempat dia melepaskan tembakan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Saya melihat dia menulis jarak, ketinggian, tahap kejatuhan peluru yang ke atas orang ramai.

MANDALAY BAY“Dia mencatatkan semua itu dan mencari di mana dia patut berada untuk menembak semua sasarannya dari situ,” kata Newton.

Newton menambah, memecah masuk ke dalam bilik dengan bahan letupan sebelum menemui mayat Paddock dan senjata adalah sesuatu ‘seperti dalam filem’.

“Ia amat menakutkan,” katanya.

Bilik hotel Paddock memberikan dia lokasi tepat untuk melancarkan serangan ke atas lebih 20,000 pengunjung konsert muzik country, kira-kira 365 meter dari situ.

Nota itu memberikan sebarang maklumat mengenai motif Paddock yang masih belum ditemui pihak berkuasa hampir seminggu selepas kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat itu.

“Kami masih tidak mempunyai motif jelas atau alasan mengapa ia dilakukan,” kata Sherif Kevin McMahill dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, menambah pegawai terus mencari jawapan dengan penuh kesungguhan.