Categories
GLOBAL

Letupan tangki gas asli di Ghana bagaikan ‘ledakan nuklear’

ACCRA GHANA 8 OKT: Lori tangki yang mengangkut gas asli terbakar di ibu kota Ghana, mencetuskan dua letupan menyebabkan korban dan kecederaan belum diketahui setakat ini.

Gambar dimuat naik di laman media sosial menunjukkan letusan itu yang berlaku seperti ‘ledakan nuklear’ bagaikan bebola api yang menjulang ke udara menerangi kegelapan malam.

Agensi Berita Antarabangsa AL-JAZEERA melaporkan letupan berlaku di bulatan Persimpangan Atomic di kawasan Legon di timur laut Accra kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan.

“Saya berada di Legon dan mendengar bunyi dua letupan. Seluruh bangunan bergoyang,” kata jurucakap Efia Tenge.

LedakanJurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Ghana, Billy Anaglate, berkata kebakaran itu menyebabkan letupan di stesen gas asli dan stesen minyak berhampiran.

“Masih terlalu awal untuk kami menyatakan punca kebakaran. Kami akan menyiasat. Beberapa kenderaan lain turut terbakar disebabkan letupan,” katanya.

Sementara itu wartawan AFP berkata, kawasan itu ditutup. Anggota bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian.

Namun Anaglate berkata, beliau tiada maklumat mengenai kematian.

Pihak berkuasa Accra memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu, yang juga menempatkan kampus Universiti Ghana.

=EZY=

 

Letupan Accra

 

aca656e1f6e347d4b17d874ca49d4e0f_18

=EZY=