Categories
SUKANKINI

Tujuh penyokong Perak didenda RM500

OLEH AFIX REDZUAN

IPOH, 18 OKT: Tujuh penyokong Perak masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah kerana bergaduh ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) Sabtu lalu di Mahkamah Majistret Ipoh semalam.

Majistret Siti Hanum Mohamad Shah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan kesemua tertuduh membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bergaduh di Pintu F Stadium Perak, pada 1.08 pagi (Ahad) selepas perlawanan antara kedua pasukan itu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda jika sabit kesalahan.

Kekecohan di luar stadium itu menyaksikan dua lelaki cedera termasuk seorang anggota polis selepas terkena letupan mercun dan balingan batu.

=EZY=