Categories
GLOBAL

235 terkorban serangan terhadap masjid di Mesir

GLOBAL 25 NOV: Serangan bom dan tembakan didakwa dilakukan pihak militan menyebabkan 235 terkorban dan 109 cedera di sebuah masjid di wilayah Sinai utara di Mesir.

Agensi Berita Antarabangsa BBC NEWS melaporkan kejadian berlaku berhampiran ibu kota wilayah El-Arish ketika orang ramai memenuhi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut pihak berkuasa, penyerang dipercayai kumpulan militan, yang meletupkan bom dan kemudian melepaskan tembakan.

Serangan itu dipercayai antara yang terburuk dalam sejarah moden Mesir.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Kerajaan Mesir mengumumkan negara itu berkabung selama tiga hari dengan Presiden Mesir berikrar akan bertindak balas ekoran serangan ganas itu.

Dilaporkan serangan udara digerakkan Mesir ke wilayah pergunungan Bir-al Abed.

=EZY=