Categories
SELANGOR

Bantuan 100 tilam dihantar ke Pulau Pinang

OLEH SHEEDA FATHIL

PUCHONG, 11 NOV : Sebanyak 100 tilam dihantar ke Pulau Pinang hari ini bagi membantu mangsa banjir di sana yang memerlukan bantuan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, tilam berkenaan adalah hasil kutipan dana daripada penduduk sekitar Puchong.

“Bantuan tilam ini diberi untuk membantu meringankan beban mangsa banjir dan taufan di Pulau Pinang selain pemberian perkakasan dapur.

“Kami difahamkan mereka lebih memerlukan barang seperti itu berbanding makanan yang masih cukup disana, katanya.

Beliau berkata pada Majlis Perasmian Pertandingan Catur Cina Piala Ng Sze Han anjuran Jawatankuasa (JKP) Zon 10 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) disini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Jawatankuasa Infra MPSJ, George Yap.

Sementara itu, Pertandingan Catur Piala Ng Sze Han membabitkan seramai 150 pelajar sekolah rendah sekitar Puchong dan ia bertujuan untuk mendidik peserta mengenali permainan tradisional Cina itu.

=EZY=