Categories
SUKANKINI

Telstar bola rasmi Piala Dunia 2018 di Rusia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 NOV: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bola Telstar keluaran Adidas sebagai bola rasmi untuk kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

FIFA menyifatkan Telstar yang dicipta pertama kali untuk kegunaan Piala Dunia 1970 sebagai satu model ciptaan klasik dengan rekaan panel baru menggunakan tenologi terkini.

Rekaan asal Telstar menampilkan 32 panel pentagonal dengan 12 daripadanya berwarna hitam dan putih supaya mudah dilihat untuk siaran televisyen pada era 70an.

Sesi pengenalan Telstar menampilkan lagenda bola sepak dunia iaitu Zinedine Zidane (Perancis), Ricardo Kaka (Brazil), Xabi Alonso (Sepanyol), Lukas Podolski (Jerman), Lionel Messi (Argentina) dan Alessandro Del Piero (Italy).

Antara bola yang pernah dihasilkan untuk Piala Dunia adalah Tango (1978), Tango Espana (1982), Azteca (1986), Etrusco (1990), Questra (1994), Tricolore (1998) dan Fevernova (2002).

Pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, bola rasmi Jabulani mendapat kritikan pemain terkemuka dunia termasuk penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas dan Brazil, Julio Cesar.

Namun, Adidas tampil dengan kualiti bola lebih baik yang dinamakan Brazuca pada 2014.

=EZY=