Categories
KENYATAAN MEDIA

Bekalan air pulih secara berperingkat di Shah Alam

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa Rumah Pam Sunway Kayangan, Sham Alam yang terjejas akibat banjir kilat sudah mula beroperasi.

Bekalan air ke kawasan-kawasan terlibat di Shah Alam sedang pulih secara berperingkat. Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan air mungkin akan mengambil sedikit masa.

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air kepada pelanggan dengan keperluan kritikal di kawasan-kawasan terlibat. Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip: Tanker Nama Alamat) ke 15300.

Untuk maklumat dan status terkini mengenai gangguan bekalan dan tekanan airrendah ini, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas”

SYABAS menyesali segala kesulitan yang dialami pelanggannya di kawasan-kawasan ini.