Categories
AGAMA SELANGOR

MB serah RM370,000 bantu SRA, masjid Sabak Bernam

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 5 NOV: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM370,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA), Kafa Integrasi, masjid dan surau di daerah Sabak Bernam, semalam.

Sumbangan diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu adalah bertujuan untuk program membaik pulih bangunan dan berkaitan.

Antara SRA itu ialah SRA Sungai Besar yang menerima RM50,000, SRA Bagan Nira (RM40,000), SRA Tali Air 7, Sungai Leman (RM40,000), SRA Batu 2, Sepintas (RM30,000), SRA Al-Hidayah, Parit 9 (RM30,000) dan SRA Batu 23, Sungai Nibong (RM30,000).

Manakala Kafa Integrasi Nurul Falah mendapat RM25,000 dan Sekolah Rendah Batu 2, Sepintas (RM50,000).

Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Sungai Leman pula menerima RM40,000 serta Surau Parit 3 1/2 dan Surau Suluk Panchang Bedena masing-masing mendapat RM20,000 dan RM15,000.

Sumbangan itu disampaikan Mohamed Azmin dalam program jelajah peduli rakyat di daerah berkenaan.

=EZY=