Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia nafi mesej tular suhu terendah dialami Malaysia

SHAH ALAM 4 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan mesej tular berhubung suhu terendah dialami negara yang disebarkan menerusi media sosial.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata mesej tular itu, yang menasihatkan orang ramai tidak berada di luar rumah selepas jam 11.00 malam, adalah tidak benar.

Menurut jabatan itu, suhu minimum direkodkan adalah normal iaitu sekitar 23 darjah Celsius yang lazimnya berlaku pada waktu subuh.

Maklumat sahih berkaitan cuaca boleh diperoleh menerusi laman sesawang jabatan berkenaan di www.met.gov.my atau aplikasi mobil (myCuaca), menerusi media sosial di facebook: malaysiamet, twitter @malaysianmet atau talian 1 300 22 1MET (1638).

=EZY=