Categories
SELANGOR

MPSJ: Kes demam denggi turun 42 peratus

 

SUBANG JAYA, 20 NOV : Kes demam denggi dicatatkan menurun 4,599 di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga minggu ke-42 lalu.

Jumlah itu mencatatkan penurunan 42 peratus berbanding 7,874 kes dicatat bagi tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, dua kawasan sudah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak demam denggi iaitu di Dun Seri Serdang dan Dun Seri Kembangan.

“Pihak majlis melantik 24 ahli majlis MPSJ sebagai Pengerusi Anti Denggi Zon JKP dan 22 pegawai MPSJ sebagai penasihat anti denggi selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab bersama dalam menangani masalah denggi.

“Mereka yang dilantik berperanan bersama-sama memastikan zon di bawah jagaan masing-masing bebas daripada menjadi lokaliti panas atau kawasan wabak denggi,” katanya kepada Sinar Harian.