Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Pakar geologi AS ramal 2018 gempa bumi besar lebih kerap

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 21 NOV: Sekumpulan pakar geologi Amerika Syarikat (AS) dalam kajian itu disiarkan di jurnal akademik Amerika Syarikat, Geophysical Research Letters melaporkan jumlah gempa bumi kuat mungkin meningkat secara mendadak pada 2018.

Ahli geologi itu adalah Roger Bilham dari University Colorado, Boulder, dan Rebecca Bendick dari University Montana menjalankan kajian kejadian gempa bumi dengan kekuatan magnitude 7 dan lebih yang berlaku di seluruh dunia sejak 1900.

Dalam kertas dikemukana pada Ogos, ahli geofizik Rebecca Bendick dan Roger Bilham mula melihat rekod gempa 117 tahun lalu di seluruh dunia.

Kemudian, dalam pembentangan pada mesyuarat tahunan Persatuan Geologi Amerika, mereka menyampaikan hasil yang mereka katakan menunjukkan bilangan gempa berskala besar yang meningkat pada kitaran kira-kira 32 tahun.

Kali terakhir Bumi mengalami putaran semakin perlahan adalah pada 2011, dan peristiwa baru-baru ini mencadangkan corak yang mengganggu lagi: gempa bumi magnitud 7.1 yang melanda Mexico City pada 19 September; peristiwa 7.3 pada sempadan Iran-Iraq pada 12 November; dan 7.0 dari New Caledonia pada 19 November.

“Sepanjang tempoh ini, terdapat antara 25 hingga 30 gempa bumi kuat setahun. Selebihnya angka purata ialah kira-kira 15 gempa bumi kuat setahun,” kata Roger Bilham, antara penulis utama kajian itu.

Tahun ini merupakan penghujung bagi tempoh lima tahun bumi berputar secara perlahan sekali gus menandakan gempa bumi bermagnitud 7.0 atau lebih bakal berlaku.

“Bumi memberikan kita amaran lima tahun lebih awal berkaitan insiden gempa bumi yang bakal berlaku, dan ini adalah sesuatu luar biasa,” kata Bilham.

Bilham dan Bendick mengira bahawa diperlukan lima hingga enam tahun untuk tenaga yang dihantar oleh teras untuk melonjak ke lapisan atas planet Bumi di mana gempa terjadi.

=EZY=