Categories
SELANGOR

Pemimpin dan rakyat mesra dalam sesi soal jawab

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 5 NOV: Sesi soal jawab bersama pemimpin dan rakyat dalam Program Dialog Pemberdayaan Wanita dan Pro Rakyat, di sini, semalam, berlangsung mesra dan menarik perhatian hadirin.

Sesi selingan itu memberi kesempatan kepada penduduk tempatan mengajukan soalan berkaitan program anjuran Kerajaan Negeri dan isu semasa.

Penduduk mengambil peluang itu dan berkongsi pelbagai perkara bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain beliau, antara pemimpin yang turut serta dalam sesi itu ialah Exco Kerajaan Negeri, Amirudin Shari dan Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha.

Program diadakan di Dataran Niaga Bagan Terap, Bagan Terap, di sini, turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan parti yang lain.

 

 

 

=EZY=