Categories
SELANGOR

‘Pink Walk’ beri kesedaran wanita bahaya kanser

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 NOV : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dengan bertemakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kempen ini hasil kerjasama bersama Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.

“Selain bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat, program ini juga dapat mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida terhadap alam sekitar.

“Acara ‘Pink Walk’ membabitkan 500 peserta dan taklimat ‘Breast Cancer Awareness’ diadakan bagi memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai bahaya kanser payudara,” katanya.

Dalam pada itu, pengisian program antaranya aktiviti berbasikal, Urban Picnic, gusti lengan, persembahan pentas, senamrobik, pameran kesihatan dan kempen denggi.

Selain itu, turut diadakan Kempen Bandar Sihat dan Selamat Shah Alam membabitkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Terdahulu, majlis pelepasan peserta ‘Pink Walk’ ini disempurnakan oleh Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwidan dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, Ahli-ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan kakitangan MBSA.

=EZY=