Categories
SUKANKINI

PKNS FC kekalkan 10 pemain untuk musim 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: PKNS FC mengekalkan 10 pemain musim ini bagi meneruskan cabaran dalam aksi liga pada 2018.

Pengumuman dibuat menerusi laman rasmi facebook mereka semalam menyaksikan empat pemain tengah, tiga pertahanan, dua penyerang dan seorang penjaga gol dikekalkan.

Antara tersenarai adalah bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali dan Khyril Muhymeen dari posisi penyerang.

Bagi posisi tengah K Gurusamy, Mohd Nazrin Shamsul Bahri, Shahrul Azhar Ture dan Mohd Aliff Haikal Sabri masing-masing akan terus beraksi bersama Red Ants.

Manakala M Sivakumar, Azmizi Azmi dan P Gunalan pula kekal bagi posisi pertahanan.

Sementara Tauffiq Rashid menjadi wakil tunggal yang dikekalkan diposisi penjaga gol untuk musim hadapan.

=EZY=