Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.1140/1170 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 28 NOV: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan permintaan yang lebih tertinggi terhadap dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1140/1170 berbanding dolar AS daripada 4.1130/1160 Isnin.

Ketua Pedagang Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata peniaga berhati-hati menanti perkembangan terkini dalam rancangan pemotongan cukai di AS dan penerbitan data ekonomi berhubung perbelanjaan peribadi AS minggu ini.

SUMBER: BERNAMA