Categories
GLOBAL

Telefon pintar sudah wujud sekitar 1850-an?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GLOBAL, 16 NOV : Mungkinkah penggunaan telefon pintar sudah mula wujud sejak satu abad lampau?

Sebuah lukisan berjudul The Expected One – karya pelukis Ferdinand George Waldmuller yang dihasilkan sekitar 1850-an menimbulkan pertanyaan jelas terhadap kewujudan lebih awal alat teknologi itu.

Lukisan berkenaan memaparkan seorang wanita berdiri di puncak bukit memegang alat kelihatan seperti ‘telefon bimbit’ dengan seorang lelaki muda memegang sekuntum bunga.

Bagaimanapun lebih menarik, situasi berkenaan menunjukkan wanita berkenaan lebih menumpukan kepada objek berkenaan, tanpa memperdulikan lelaki muda itu.

Pada masa sama, kedua-duanya memakai pakaian sekitar abad ke 19, namun tidak dapat dipastikan suasana sebenar gambaran ketika lukisan berkenaan dihasilkan.

Namun, portal Kompas.com yang memetik ulasan Pegawai Glasow, Scortland melaporkan alat yang dipegang wanita berkenaan berkemungkinan sebuah buku lagu gereja.

Beliau berkata, tafsiran umum terhadap objek yang dipegang wanita berkenaan itu berubah ekoran faktor peredaran zaman kini.

“Hal yang mengejutkan saya adalah bagaimana perubahan teknologi turut mengubah interpretasi saya saat melihat lukisan itu.

“Pada 1850-an, semua yang melihat lukisan itu pasti mengibaratkan benda tersebut sebagai buku lagu atau buku doa.

“Pada masa kini, mungkin banyak yang menggambarkan adegan lukisan itu adalah seorang remaja perempuan yang sibuk dengan media sosial di telefon pintar mereka,” katanya.

Lukisan berkenaan turut dikenali dengan judul ‘Sunday Morning’.