Categories
SELANGOR

Kerja ganti perkakas rawatan air Bernam River selesai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 NOV : Kerja penggantian perkakasan sistem rawatan air di Loji Rawatan Air Bernam River Headworks (BRH) selesai dijalankan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

SYABAS dalam kenyataannya memaklumkan, belakan air ke kawasan terjejas sebelum ini juga telah kembali pulih sepenuhnya sekitar jam 9.00 malam tadi.

Sebelumnya, SYABAS mendedahkan kerja gantian dilaksanakan sebagai inisiatif meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan air di daerah berkenaan.

“Kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bagi memastikan bekalan air berterusan kepada semua pelanggan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat dan komuniti di atas kerjasama dan kesabaran sepanjang kerja
penggantian ini,” menurut kenyataan itu.

SYABAS memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan air negeri di laman sesawang www.syabas.com.my.

SYABAS turut menyediakan aplikasi ‘mySyabas’ yang boleh dimuat turun di telefon pintar untuk info terkini.