Categories
SELANGOR

Tiada penularan wabak anjing gila

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri sehingga kini tidak menerima makluman mengenai penyebaran penyakit anjing gila daripada Jabatan Veterinar Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, sebanyak 19,498 anjing liar ditangkap sepanjang 2017.

Katanya Majlis Perbandaran Klang (MPK) merekodkan jumlah tangkapan tertinggi berjumlah 9,310 ekor diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2,030 ekor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan 1,712 ekor.

“Pada 2015, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyalurkan peruntukan sebanyak RM32,000 kepada Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh (VRI) bagi menjalankan survey penyakif rabies ke atas anjing liar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Katanya, bagi mengawal anjing liar operasi bersepadu penangkapan anjing liar dilakukan secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan.

Selain itu, kontraktor berkelayakan dilantik disamping menubuhkan pasukan risikan untuk memgenalpasti kawasan tumpuan.

Di samping itu, pengedaran risalah cara pemeliharaan anjing dan kempen perlesenan turut dijalankan.

=EZY=