Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

“Anda pilih, mahukan MB bertuala, samseng atau MB bekerja untuk rakyat”

OLEH NAZLI IBRAHIM

KELANA JAYA, 10 DIS: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bebas bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa seperti mana dijamin demokrasi.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, akhirnya pengundi Bukit Antarabangsa yang membuat keputusan sama ada mahukan seorang pemimpin mementingkan integriti atau sebaliknya.

“Takkanlah saya nak lawan Jamal tapi ini negara demokrasi, saya tak boleh halang kalau dia nak bertanding.

Kalau pengundi Bukit Antarabangsa nak Menteri Besar yang pakai tuala silakan pilih Jamal.

“Kalau nak Menteri Besar samseng pecahkan botol arak pilih juga pilihlah Jamal,” katanya pada programJ elajah Peduli Rakyat di Padang Awam Desa Mentari di sini, malam tadi.

Dalam ucapan sama, Mohamed Azmin turut menempelak Jamal berikutan sikap beliau yang tidak mencerminkan seorang pemimpin Melayu yang boleh dicontohi.

Katanya, lebih memalukan apabila Jamal sering menggambarkan dirinya sebagai pejuang Melayu.

“Kalau dahulu pejuang Melayu pakai keris tetapi pejuang Melayu zaman moden pakai berus gigi di telinga,” katanya.

=EZY=