Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

Bayar balik pinjaman, Yayasan Selangor raih RM5 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 DIS: Yayasan Selangor berjaya memperoleh kutipan pembayaran balik pinjaman sebanyak RM5 juta, berbanding sasaran awal RM2.4 juta bagi tempoh sehingga November 2017.

Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry berkata, perkembangan positif itu didorong hasil komitmen dan gerak kerja Kumpulan Yayasan itu.

“Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 12 orang, kita berjaya mendapat pulangan dua kali ganda hasil daripada kutipan itu.

“Tentunya pulangan balik ini akan dimanfaatkan bagi tujuan pembiayaan pelajar-pelajar kelahiran Selangor yang lain,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam perkembangan lain, Yayasan Selangor memaklumkan, pihaknya tidak akan meneruskan penajaan bagi lanjutan pembiayaan pelajar Selangor di luar negara.

Bagaimanapun kata Zahura, pembiayaan dan pinjaman pelajar di Universiti tempatan seluruh negara.

“Pinjaman ini adalah berbentuk pinjaman pembolehubah yang bermaksud pelajar yang mencapai keputusan 3.75, pinjaman itu akan bertukar menjadi biasiswa.

“Keistimewaannya, pelajar tidak perlu membuat sebarang pembayaran,” katanya.

=EZY=