Categories
GLOBAL

Gempa bumi skala 4.6 gegarkan Athens

ATHENS 31 DIS: Gempa bumi dengan ukuran awal 4.6 menggegarkan ibu kota Greece dan tengah negara itu awal hari ini, kata saksi, tetapi tiada laporan kerosakan diterima.

Gegaran direkodkan di barat Athens pada jam 6.02 pagi waktu tempatan di Teluk Corinthian, pada kedalaman lima kilometer, kata Pemerhati Kebangsaan Athens di laman webnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

“Ia berasa seolah-olah dua gempa bumi berturut-turut. Ia agak kuat. Ia mengejutkan saya,” kata seorang penduduk yang menulis di laman web Pusat Gempa Bumi Eropah-Mediterranean.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gegaran terletak 79 kilometer ke barat barat laut Athens.