Categories
GLOBAL

Iraq isytihar bebas sepenuhnya penguasaan Daesh

BAGHDAD 10 DIS: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan negara itu telah sepenuhnya bebas daripada penguasaan kumpulan pengganas Daesh.

Pengumuman itu dibuat selepas tentera Iraq telah menguasai sepenuhnya sempadan negara itu dengan Syria.

“Tentera kami menguasai sempadan Iraq-Syria dan oleh itu, saya mengumumkan tamatnya peperangan menentang Daesh,” kata Haider dalam satu sidang media di Baghdad.

SUMBER: AFP