Categories
KENYATAAN MEDIA

Isu Baitul Maqdis: PM mesti panggil mesyuarat khas Dewan Rakyat

Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengumumkan pengiktiran pentadbiran beliau bahawa Baitul Maqdis adalah ibu kota Israel serta langkah memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitul Maqdis.

Dewan Rakyat kini dalam penangguhan selepas selesai sidang Bajet. Maka, saya telah menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak supaya memanggil sebuah Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan perkembangan ini.

Saya telah meminta beliau mengemukakan pemberitahuan memaklumkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Meyuarat 11 (3) supaya Mesyuarat Khas tersebut diadakan dengan seberapa segera.

Saya mendesak supaya kerajaan mengemukakan usul dan ketetapan bagi mengecam keputusan Presiden Trump dan membuka perbahasan bagi membolehkan cadangan mengenai langkah-langkah perlu yang sewajarnya di ambil bersama oleh Parlimen bagi menangani isu ini.

Semua pihak harus ketepikan sentimen kepartian demi mencapai sebuah ketetapan bi-partisan.

 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Presiden Pakatan Harapan