Categories
NASIONAL

“Jangan jadi macam 40 penyamun, salah pangkah dapat tahi”

OLEH NAZLI IBRAHIM

KELANA JAYA, 9 DIS: Tindakan gopoh 40 penyamun menyerbu tandas yang dipangkah oleh Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapok menjadi analogi terbaik supaya pengundi tidak tersalah pangkah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kelana Jaya, Najwan Halimi berkata, tanda pangkah yang dibuat hamba kepada orang kaya Ali Baba itu berjaya memperdaya 40 penyamun untuk menyerbu sebuah tandas sehingga menyebabkan kesemua mereka terpalit najis.

“Ingat, jangan tersalah pangkah. Kalau salah pangkah akan dapat tahi seperti Marjina memangkah tandas dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk,” katanya pada program Jelajah Peduli Rakyat di Padang Awam Desa Mentari di sini, malam tadi.

Filem Ali Baba Bujang Lapuk merupakan filem arahan P.Ramlee yang dilakonkan oleh bintang filem popular pada masa itu seperti Datuk Sarimah Ahmad sebagai Marjina, Allayarham Datuk Aziz Satar sebagai Kassim Baba dan Allahyarmah S.Shamsuddin sebagai Ali Baba.

Antara babak menarik dalam filem itu apabila Marjina berjaya mematahkan cubaan 40 penyamun untuk menyamun rumah tuannya dengan memangkah sebuah tandas.

Tidakannya itu menyebabkan 40 penyamun itu tadi bertindak menyerbu sebuah tandas kerana menyangkakan tandas itu adalah rumah orang kaya Ali Baba.

=EZY=