Categories
EKONOMI Ringgit

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini ekoran mata wang tempatan itu kekal menarik dengan kedudukan lebih baik, berbanding mata wang serantau dalam berhadapan lengkok pulangan bon AS yang curam, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0650/0680 berbanding dolar AS, dari 4.071/0770 penutup semalam.

Tumpuan utama semalaman ialah lengkok pulangan AS yang semakin curam ekoran pulangan bon 10 tahun AS didagangkan, pada paras tertinggi sembilan bulan di tengah-tengah pembubalan rang undang-undang percukaian.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, ringgit memposisikannya dengan baik berbanding mata wang serantau.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0263 dari 3.0247/0310 penutup semalam dan lebih tinggi berbanding pound British, pada 5.4333/4393 dari 5.4515/4607.

Ia susut berbanding euro kepada 4.8268/8308 dari 4.8188/8264, lebih rendah berbanding yen kepada 3.5888/5917 dari 3.5976/6035.

*Sumber: BERNAMA