Categories
NASIONAL

Walau diserang tetap doakan adik diberi petunjuk

OLEH NAZLI IBRAHIM

KELANA JAYA, 10 DIS: Sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tetap mendoakan semoga adiknya mendapat pentunjuk daripada Allah walaupun beliau diserang oleh ahli keluarganya sendiri.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, ketika ini adiknya digunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menyerang beliau khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

“Adik beradik yang tidak bersama saya digunakan untuk menyerang saya tetapi saya telah menyatakan secara terbuka saya hanya boleh mendoakan Ya Allah, selamatkanlah adik saya ini, berikanlah petunjuk kepada mereka agar mereka tahu kebenaran itu ada,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Peduli Rakyat di Padang Awam Desa Mentari di sini, malam tadi.

Jelasnya, manakala adik beradiknya yang memberikan sokongan kepada beliau ketika ini berhadapan dengan tekanan daripada pihak bagi tujuan melemahkan semangat beliau memperjuangkan nasib rakyat.

=EZY=