Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah sesi pagi

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Bursa Malaysia meneruskan penyusutan, pada awal dagangan untuk mengakhiri sesi pagi lebih rendah, ditarik turun aktiviti pengambilan untung, dengan jualan terutama dalam saham utama terpilih diterajui Sime Darby Plantation, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 16.88 mata pada 1,779.93, selepas dibuka 13.71 mata lebih rendah pada 1,783.1 berbanding 1,796.81 penutup Jumaat.

Sime Darby Plantation menarik turun indeks komposit sebanyak 6.071 mata. Saham syarikat itu turun 50 sen kepada RM5.50.

Pada 12.30 tengah hari, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 456 berbanding 387 dengan 312 tidak berubah, 655 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung..

FBM-KLCI berada pada 1,779.93 turun 16.88 mata, FBMACE pada 6,615.13 naik 11.58 mata, dan FBMEMAS pada 12,805.88 turun 136.69 mata.

Sejumlah 1.87 bilion saham bertukar tangan bernilai RM920.79 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank turun 17 sen kepada RM9.63, kedua-dua Public Bank dan CIMB susut empat sen setiap satu masing-masing kepada RM20.74 dan RM6.50.

Bagaimanapun, Tenaga menokok empat sen kepada RM15.30 dan Petronas Chemicals menambah lapan sen kepada RM7.78.

*Sumber: BERNAMA