Categories
NASIONAL

Konvensyen PAKATAN 7 Januari ini

SHAH ALAM, 3 JAN: Konvensyen Pakatan Harapan (PAKATAN) dijadualkan, pada 7 Januari ini, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

PAKATAN dalam kenyataan berkata, konvensyen itu akan disertai semua pemimpin utama gabungan itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.

Katanya, pimpinan berkenaan dijangka akan menyampaikan pidato masing-masing.

“Selain pimpinan, konvensyen turut mendengar pidato daripada wakil masyarakat pelbagai latar belakang termasuk petani, bekas tentera, bekas penjawat awam, wakil Felda dan wakil artis melalui Pentas Rakyat.

“PAKATAN juga akan membuat beberapa pengumuman penting bukan sahaja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malah juga tawaran sebagai ‘kerajaan menanti’,” kata kenyataan itu.

Katanya, selain memfokuskan PRU-14, PAKATAN akan membuat beberapa pengumuman besar, khasnya tawaran kepada rakyat yang mencerminkan gabungan itu sebagai kerajaan menanti bagi menggantikan Barisan Nasional (BN).