Categories
EKONOMI Ringgit

Tahun baru, Ringgit diniaga tinggi

SHAH ALAM, 2 JAN: Ringgit meneruskan trajektori mengukuh memasuki tahun baharu, berbanding dolar US pagi ini ekoran permintaan tinggi ke atas nota tempatan selari harga minyak yang tinggi.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan mencatatkan 4.0370/0400 berbanding dolar US daripada 4.0440/0500 pada penutupan Jumaat, lapor Bernama.

Seorang peniaga berkata, dolar terus mengalami penurunan permintaan selepas mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan berbanding sekumpulan mata wang pada Jumaat dan mengalami kerugian sebanyak 9.8 peratus pada 2017, prestasi terburuk sejak 2003.

Apabila pasaran dibuka hari ini, penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada US$66.70 setong, meningkat 0.82 peratus.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulam mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0235/0260 dari 3.0265/0323, pada Jumaat dan mengukuh berbading yen kepada 3.5808/5844 dari 3.5912/5968 sebelumnya.

Ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.8517/8557 dari 4.8451/8535, pada Jumaat dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4552/4609 dari 5.4602/4687.