Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia susut, Brent AS$65.23 setong

SINGAPURA 20 FEB: Harga minyak merosot hari ini, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ditekan oleh aliran menurun dari Kanada.

REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS adalah AS$62.16 setong pada 0153 GMT, naik 48 cents, atau 0.8 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Peniaga berkata, harga WTI lebih tinggi adalah hasil daripada pengurangan aliran di saluran paip Keystone Kanada, yang beroperasi di bawah paras kapasiti sejak akhir tahun lalu berikutan kebocoran, mengurangkan bekalan Kanada ke AS.

Di luar Amerika Utara, minyak mentah Brent merosot berikutan penurunan saham Asia dan pengukuhan dolar, berpotensi menghalang permintaan kerana menjadikan bahan api lebih mahal bagi negara yang menggunakan mata wang lain.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$65.23 setong, susut 44 cents, atau 0.7 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran minyak terus disokong dengan baik disebabkan pengekalan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang berusaha mengurangkan lebihan bekalan inventori global sejak tahun lalu.

SUMBER: REUTERS