Categories
SELANGOR

Kekal Selangor, Selangor masa depan Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MAC: Laungan Kekal Selangor dan Selangor Masa Depan Malaysia bergema di Karnival Himpunan Rakyat yang diadakan sempena sepuluh tahun pemerintahan Pakatan di negeri itu.

Stadium yang gamat dengan lauangan anak muda khususnya, menyerlahkan lagi keinginan mereka untuk mengekalkan pentadbiran sedia ada.

Sejurus ketibaan Dato’Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali anggota Exco kerajaan negeri bersilih ganti berucap menyerlahkan berbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah portfolio mereka sepanjang 10 tahun lalu.

Ketua Wanita KEADILAN dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin turut berucap pada majlis itu sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) serta Pegawai Dasar Agama kepada Dato’ Menteri Besar, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Pengerusi Team Selangor, Ehsan Shahwahid berkata sambutan penyertaan ke program anjuran Kerajaan Negeri dan Team Selangor itu amat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 10,000 orang penggerak komuniti dan sukarelawan Team Selangor serta rakyat Selangor.

Katanya, 10 tahun kejayaan negeri yang ditunjangi prestasi cemerlang Kerajaan Negeri sememangnya satu pencapaian yang wajar dibanggakan oleh seluruh rakyat negeri Selangor.

“Perubahan yang bermula 10 tahun lalu sebagai satu permulaan arus perubahan rakyat, diangkat menjadi dasar pentadbiran melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan dikembangkan lagi melalui kepelbagaian Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang berterusan pasa masa ini.

“Sejak tahun 2017, Inisiatif Kesedaran Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti, yang digerakkan oleh anak muda Team Selangor merupakan satu anjakan baru ke arah pembudayaan demokrasi dan pemerkasaan komuniti, yang diterajui penyertaan aktif anak muda dalam pembangunan negeri dan masyarakat.

“Kejayaan ini wajar diteruskan, kerana Anak Muda adalah penggerak kemajuan masa depan Selangor dan seterusnya masa depan Malaysia,” katanya kepada SelangorKini.

Ehsan berkata sejak penubuhan kumpulan itu tahun lalu, sebanyak 1,000 program komuniti sudah diadakan dan menarik lebih 20,000 mendaftarkan diri sebagai sukarelawan sekaligus melepasi sasaran penyertaan sebelum ini.

Antara aktiviti yang diadakan pada karnival itu ialah menampilkan gerai jualan industri kecil sederhana dengan pelbagai pilihan dan jualan makanan menerusi ‘food truck’.

Turut diadakan pameran membabitkan 42 inisiatif utama yang diasaskan Kerajaan Negeri iaitu Inisiatif Peduli Rakyat menerusi skim bayi yang baru lahir hinggalah sumbangan untuk warga emas, malahan bantuan khairat kematian.

Tidak ketinggalan pameran daripada pelbagai agensi termasuk Invest Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Hijrah Selangor dan Unit Pengurusan Bencana Negeri.

Turut diadakan lepak santai team Selangor, Car Boot Sale, Bike Week, Rock Climbing, Flying Fox, memanah, zumba, persembahan silat, inflatable playgorund, busking dan forum bicara ekonomi serta ceramah agama.

=EZY=