OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM, 16 MAC: Penerjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa pada pusingan kedua Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun, semalam.
Menurut laman rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), mereka yang juga Olahragawati Kebangsaan 2017 itu berjaya mengumpul 310.32 mata dalam acara 10m platform berirama wanita selepas lima pusingan terjun, berlangsung di Kolam Renang Shizuoka Prefectural Fuji.
Pasangan penerjun Malaysia itu meraih pingat perak pada pusingan pertama dalam acara sama di Beijing, minggu lalu.
Padam masa sama, kedua mereka akan bersaing dalam acara 10m platform individu hari ini dan Nur Dhabitah Sabri akan beraksi dalam acara 3m papan anjal wanita pada Sabtu ini.
Manakala, China terus mmpertahankan pingat emas oleh Zhang Minjie-Zhang Jiaqi pada pusingan pertama di Beijing, dengan mengumpul 335.70 mata.
Sementara itu, gandingan penerjun Korea Utara Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae memenangi pingat perak setelah mencatat 311.58 mata.
Kredit foto: Stadium Astro