Categories
NASIONAL

Progressive Alliance mahu melawat DSAI

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 MAC: Progressive Alliance mengemukakan permohonan untuk melawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan misi ke Malaysia pada 18 hingga 20 Mac.

Koordinator Progressive Alliance, Konstantin Woinoff menerusi sepucuk surat bertarikh 11 Mac yang dihantar kepada Komisioner Jeneral Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia berkata mereka mahu mengadakan lawatan pada hari ini, 20 Mac dari jam 3.30 hingga 4.30 petang.

 

“Objektif lawatan adalah membuat pemerhatian secara langsung institusi-institusi awam di Malaysia dan bertukar fikiran, idea dan ‘best practices’ dalam hal demokrasi serta sosial.

“Sebagai sebahagian lawatan ini, kami berhasrat untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam surat berkenaan turut dilampirkan nama deligasi Ahli Parlimen Kesatuan Eropah, Nina Gill, Timvalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Eropah, Giacomo Filibeck, Ahli Parlimen Sweden, Matthias Tegner dan Ahli Parlimen Australia.

=EZY=