Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.8850/8900 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 17 APR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sokongan belian terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit berada pada 3.8850/8900 berbanding 3.8865/8905 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, ringgit menerima sokongan belian sederhana daripada pelabur tempatan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pasaran bersedia untuk ringgit yang lebih kukuh menjelang pilihan raya,

“Oleh itu, kita perlu menjangka dolar AS/RM didagangkan dalam jajaran kecil dan kembali ke tahap lebih tinggi berbanding julat semasa,” katanya.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9663/9706 daripada 2.9634/9669 dan menyusut berbanding yen kepada 3.6305/6359 daripada 3.6251/6292.

Ringgit menurun berbanding pound Britain kepada 5.5723/5810 daripada 5.5585/5646 dan berbanding euro, ia jatuh kepada 4.8112/8189 daripada 4.8049/8110.

SUMBER: BERNAMA