Categories
PBT SELANGOR

Tepati masa, disiplin dan dedikasi kunci kecemerlangan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 APR: Menepati masa, berdisiplin dan berdedikasi menjadi kunci utama kejayaan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Md Daut Mat Piah, 50, sejak mula berkhidmat pada 1 Jun 1981.

Beliau merupakan kakitangan paling lama berkhidmat bersama MBSA dan terpilih menjadi salah seorang daripada 124 kakitangan yang diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017.

“Yang penting dalam menjalankan tugas, kita perlu melakukannya sebaik mungkin. Apa sahaja arahan, kita buat tanpa perlu merungut dan bersabar,” katanya.

Bertugas sebagai Pemandu Kenderaan Gred H41, Jabatan Kejuruteraan, ini merupakan anugerah perkhidmatan cemerlang yang keempat diterimanya sepanjang 37 tahun berkhidmat bersama MBSA.

Menurutnya, penjawat awam masa kini berhadapan cabaran berbeza berbanding dahulu tetapi masih perlu menjalankan perkhidmatan sama kepada orang awam selaras dengan garis panduan ditetapkan.

=EZY=