Categories
KENYATAAN MEDIA

Ucapan Aidilfitri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)

Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus besikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup.

Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.

Anwar Ibrahim
14 Jun 2018