Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Anwar Ibrahim Presiden baharu KEADILAN 2018-2021

PETALING JAYA 5 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden KEADILAN yang baharu untuk penggal 2018-2021 apabila tiada sesiapa mencalonkan diri bagi jawatan tertinggi parti itu hari ini.

Sebelum itu, borang Anwar diserahkan melalui wakil yang juga Pengarah Strategik KEADILAN Sim Tze Tzin kepada sekretariat pemilihan pada pukul jam 11.30 pagi tadi.

Sementara itu, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi bakal berdepan cabaran Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN selepas tempoh pencalonan ditutup pada jam 5 petang.

Borang pencalonan Mohamed Azmin diserahkan oleh wakilnya diketuai Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di ibu pejabat KEADILAN kira-kira jam 4.45 petang tadi.